Air
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib diketahui bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar bisa menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Kamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak bias hidup tanpa air, dan manusia tidak bisa hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri dari non-Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg ahli tetang air dari Jepang. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekalian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah bermacam-macam bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi ternyata molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya akan tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarnya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Beri tahu saya sebab kenapa anda berkata air itu adalah air zam-zam.
"Karana tahua air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu betul atau tidak air zam-zam itu
mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Tambahan
Bukan setakat air sahaja yang memahami serta ingin menghayati ayat ayat suci Al Quran, malah segala makhluk yang tidak berakal memerlukan demikian juga. Sedarilah kalau di suatu taman yang penduduknya hampir kesemuanya berugama Islam; air, tumbuhan tumbuhan, batu, binatang binatang dan lain lainnya ternanti nanti dari umat Islam untuk mengalunkan Al Quran, sambil makhluk makhluk tersebut bersama sama berzikir menyebut nama Allah swt serta memohon ampun bagi orang yang membacanya.
Diakhir akhir zaman ini, yang menyedihkan kerana jarang sekali Al Quran dibaca, kalau ada pun ketika Imam membacanya ketika solat.Cuba fikirkan betapa hampa serta sedihnya makhluk makhluk ini kerana tidak dapat mengdengar Al Quran dari mereka yang mengaku orang Islam; dan kita tidak merasa malukah pada makhluk makhluk tersebut, sedangkan Allah swt telah menjadikan kita dalam bentuk yang lebih sempurna jika dibandingkan dengan batu, kayu dan sebagainya.







